MENGAPA KITA PERLU MENDAAPATKAN PERLINDUNGAN ETIQA
Sepertimana kita lahir ke dunia ini tanpa mengetahui apa-apa,kemudian kita belajar dari ibu bapa kita cara makan, pakaian, gelak ketawa dan sebagainya. Semuanya itu adalah proses duplikasi yang kita lakukan berdasarkan tingkah laku orang tua kita.
Kini setelah dewasa, kita pun tidak dapat menduga apa akan berlaku kepada kita esok atau lusa, tahun depan atau sepuluh tahun lagi. Sebab itu kita perlu merancang hidup kita yang penuh teka teki ini. Kita juga perlu merancang kewangan kita untuk masa depan kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita.
Sebab itu AlAiman Agency yang bernaung di bawah ETIQA TAKAFUL BHD menyediakan pelan perancangan perlindungan hayat dan pelaburan kewangan untuk kegunaan kita di waktu kita kehilangan upaya, atau tua dan tidak berdaya, ataupun terjadi sesuatu yang tidak diduga yang menimpa diri kita.
Misalnya kita ada pelan Prima yang membolehkan kita menyimpan wang dan mendapat pulangan 10% dari jumlah besar yang kita simpan. Jika kita misalnya membeli pelan Prima ini RM50,000, bermakna kita akan dapat pulangan RM 5000 setiap tiga tahun. Jika kita hilang upaya kita akan dapat RM50,000 walaupun kita menyimpan belum sampai jumlah itu di samping faedah-faedah lain.
Kita perlu merancang hidup ini, supaya nanti kita tidak hidup melarat diwaktu kita tidak berdaya. Kita juga boleh melaburkan wang yang kita dapat tiga tahun sekali itu ke dalam mana-mana unit Amanah untuk meningkatkan kemampuan kewangan kita.
Oleh yang demikian,ambillah kesempatan ini sementara kita masih kuat dan muda,seperti kata Nabi,sihat sebelum sakit,muda sebelum tua, dan lapang sebelum sempit . Kata-kata ini sebenarnya mengarahkan kita khasnya umat Islam supaya merancang kehidupan dan kewangan mereka sebelum ditimpa sesuatu musibah. Rebutlah peluang ini dan berhubunglah dengan agen-agen kami seperti yang tersenarai di sebelah laman ini.
AlAiman Agency.
10.3.2011.
No comments:
Post a Comment